Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, March 10, 2014

Kesakitan Kelukaan



Isnin :: 10032014

Dua perkataan yang membawa maksud hampir sama. Dua duanya boleh menerjah luaran dan dalaman. Membawa satu rasa yang tidak disukai… satu rasa menderita… satu rasa tidak selesa. Aku percaya tiada siapa yang suka akan sakit dan luka malah orang yang sengaja cari pasal pun tidak suka.

Kesakitan kelukaan luaran boleh dilihat dengan mata kasar manakala kesakitan kelukaan dalaman tidak boleh dilihat walaupun menggunakan telescope namun kedua duanya mampu dirasai. Walaupun Kesakitan kelukaan luaran boleh dilihat dan dirasa namun kesakitan kelukaan dalaman yang hanya boleh dirasa lebih memeritkan.

Apa yang menyebabkan kesakitan kelukaan dalaman lebih memeritkan berbanding kesakitan kelukaan luaran kurang memandangkan nisbahnya adalah 1:2? Ada yang menyatakan kesakitan kelukaan luaran kurang peritnya kerana ia lebih mudah diubati… boleh disapu ubat… boleh dibelai urut… boleh dibalut boleh ditampal. Sedangkan kesakitan kelukaan dalaman hanya akal dan hati yang mampu mengubatnya selain ubat yang ditelan. Kalau telan ubat tidur memang boleh lega la berjam jam lamanya. Aku ada ubat tidur… tak test lagi keberkesanannya.

Kesakitan kelukaan luaran dan dalaman boleh dihindar daripada berlaku tapi kita seorang sahaja manakan mampu menghindarinya. Kekadang kita mungkin terlepas menyakitkan melukakan orang lain tanpa sedar… tanpa disengajakan… tanpa niat.

Alang alang menulis ni ampun maaf dipinta kepada semua dengan hati yang ikhlas. Semoga berjaya mengurangkan kesakitan kelukaan menambahkan kemaafan keampunan.



No comments:

Post a Comment

comment form message