Isnin :: 10032014
Kenapa aku segan melakukannya sedangkan akulah org yang patut
melakukannya. Inilah kelemahan yang perlu dan patut diperbaiki. Apa yang aku segan
tapi sepatutnya tidak?
Salam cium tangan yang hanya aku lakukan setahun atau dua
tahun sekali itupun masa pagi raya Aidilfitri. Bukan kerana tidak hormat atau
tidak kenal status diri tapi seganlah penyebab utamanya. Rasa macam semua orang
melihat dengan senyuman sinis sahaja. Alhamdulillah anak anak buah aku tidak
segan melakukannya dengan pakcu derang ni. Tapi aku sendiri bila nak mula?
Membiarkan orang lain bergambar sedangkan diri sendiri
melihat sahaja. Sukar untuk menerangkan apa yang terdetik dihati ini memandangkan
ia cumalah gambar sahaja. Aku ok sahaja jika apa yang bakal didengar setakat “dia
pun nak juga…” tapi kalau disambung sedikit lagi... “jeles la tu” maka hati ini
akan sedikit membara. Daripada aku membara dan terpacul perkataan menyakitkan
baiklah aku diam sahaja. Biarlah yang gembira terus gembira… yang segan
menyimpan rasa…
No comments:
Post a Comment
comment form message