Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, March 10, 2014

Pergi Kerja Tak Mandi



Isnin :: 10032014

Cukup sukar apabila tiada bekalan air. Nak mandi x dapat… nak minum… nak ke tandas lagi. Nak minum blh beli air mineral kat kedai lagi tapi nak ke tandas dan mandi… kan guna banyak air tu. Berapa banyak air nak kena beli tu? Tak sanggup teman nak memikulnya.

Pagi ni pagi ke dua aku pergi kerja tanpa mandi terlebih dahulu. Semuanya sebab tiada bekalan air ke rumah. Minggu lepas aku mandi di tandas office. Tandas office bukanlah macam tandas awam keadaannya… jadi masih selesa untuk mandi. Hari ni pula aku singgah dahulu di Masjid KLCC baru puas mandi sebab ada shower. Petang ni pun nak mandi dulu baru balik rumah. Sepasang persalinan sudah pun aku bawa. Kalau masih juga tiada air di rumah nanti aku masih boleh selesa sebab dah mandi dulu. Tak sanggup rasanya kalau tak mandi seharian. Kat hutan lainlah ceritanya.

Dikira dari mula aku kerja sampai ke saat ini… Dah 3 kali aku mandi kat office disebabkan tiada air kat rumah. Kali pertama masa kat Mydin dulu… datang sikit punya awal sampaikan kawan kawan pun rasa pelik. Biasanya sampai office pun dah lapan setengah lebih. Kali ke dua dan ke tiga semasa bekerja di sinilah.

Syukurlah pada nikmat yang Allah beri. Ditariknya sementara pun sudah terasa susah apatah lagi ditariknya selama lamanya. Ya Allah… berilah kami menikmati nikmat air Mu… Detikkanlah di hati kami untuk sentiasa bersyukur akan nikmatMu.

No comments:

Post a Comment

comment form message