Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, March 7, 2014

Cerewet



Jumaat :: 07032014

Cerewet… Perlukah kita bersikap cerewet? Cerewet ni lebih kurang memilih sangat… ada je yang tak kena. Perkataan cerewet ni pula bila didengar seakan satu perilaku negatif. Tak pernah aku dengar orang cakap… “bagus la ko ni cerewet” tapi biasanya “Ko ni cerewet sangat la!!!” atau “Ko boleh jangan cerewet sangat tak?”

Seolah olah insan di bumi ni tidak suka orang yang cerewet. “Kau ni kenapa tak kawin lagi? Cerewet la tu.” Tak kawin lagi pun dikata cerewet… habis tu kalau bercerai berai ada korang nak tanggung? “makan pun memilih… ini tak boleh itu x boleh”… kalau orang tu ada allergic ke… kang kalau makan maunya pengsan ke… gatal gatal badan ke ada ke orang yang mengata nak tolong ubatkan? Ubatlah sendiri kan.

Cubalah dapatkan penjelasan dulu sebelum mengata orang tu cerewet atau tidak. Itu hak dia untuk memilih apa yang terbaik untuk dirinya bagi dirinya. Tolong kecilkan skop pilihan orang yang dikatakan cerewet itu lagi bagus daripada menambah beban dia.

Kita ni hidup bantu membantu… yang cerewet itu sebenarnya perlukan pendapat... pendapat yang dapat mengecilkan skop pilihannya. Yang cerewet itu terpaksa cerewet atas kehendak dirinya tapi sebab sebab tak dapat dielakkan. Tak tahulah jika ada yang suka cerewet…


Pendapat aku tidak semestinya betul. Sekadar apa yang terfikir.



No comments:

Post a Comment

comment form message