Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, March 5, 2014

Marathon Oh Marathon



Rabu :: 05032014

Belum sempat aku mencuba Brook - Half Marathon hujung minggu ni, aku telah pula diregisterkan untuk Penang Bridge International Marathon – Half Marathon pula. Ini semua kerja secretary Gogo menggunakan alasan semangat setiakawan yang aku maklumkan dalam blog entry Bayar Untuk Lari.

Brook HM hari ahad ni… terlalu singkat masa yang ada untuk aku training. Minta minta aku berjaya lari dengan selambanya paling kurang 10km. Selamba tidak bererti lari tanpa rehat tapi tanpa mengah dan sakit kaki sebagainya.

Untuk PBIM HM pula tidak merisaukan sebab masih banyak masa untuk mendapatkan stamina dan training. Bulan 11 tahun ni… lambat lagi tu.


Apa yang pasti alasan semangat setiakawan pasti akan digunakan lagi olehnya. Tidak mengapa semua itu kerana bib yang telah dibeli boleh di let go. Takde hal lah!!!

No comments:

Post a Comment

comment form message