Selasa :: 04032014
Bukit Kutu terletak di Kula Kubu Bharu. Hendak pergi ke sini
tidaklah susah. Secara ringkasnya sesiapa yang hendak pergi mesti tahu jalan ke
Fraser Hill atau Sg Chiling. Selepas melalui Empangan Kuala Kubu Bharu (SPLASH)
dan kemudian jambatan… maka akan nampak signboard Kg Pertak. Kg Pertak ialah kg
orang asli yang mana penempatan awal mereka ialah empangan itu tadi. Menyusuri
Kg Pertak hendaklah belok ke kanan menghala rumah rumah mereka. Terus dan terus
sahaja sehinggalah jumpa kawasan parking biasanya penuh dengan kereta pada
hujung minggu. Ramai yang datang ke sini untuk camping dan mendaki Bukti Kutu. Bagi
yang memandu pacuan 4 roda bolehlah memandu terus sehingga sungai yang ke tiga.
Setakat air sungai paras lutut tu kompom boleh lepas punya. Di mana ada simpang
pilih sahaja simpang kanan. Semasa mendaki pula cuma ada beberapa pilihan trek
samada nak landai tapi jauh sikit daripada mencanak tapi dekat. Pilihan di tangan
sendiri lah masa ni.
Kali pertama aku mendaki bukit ni pada awal pembukaannya…
ketika itu trek ke Gunung ini baru dibuka jadi treknya sangatlah teruk.
Mencanak dan rimbunan buloh tumbang sangat menyukarkan perjalanan. Masa pergi
tu sudahlah bawa bekalan makanan untuk ke Bukit Tabur je kerana pertukaran
lokasi mendaki secara tiba tiba. Jadi pandangan pertama pada masa tu trek ini
sangat hazap dan canak.
Kali ke dua mendaki ke sini pula dating dengan serba lengkap
al maklumlah datang untuk bermalam di puncak. Bekalan air tidak perlu risau
kerana ada telaga tinggal di atas puncak. Paras air telaga ketika ini ada la
juga dalam separuh penuh. Mendaki dengan beg besar memang membebankan tapi
berbaloi kerana semua barang ada. Malam inilah malam terakhir aku dapat camping
ramai ramai kerana lepas itu ramai yang gantung beg kerana sudah ada tanggung
jawap sebagai suami mahupun isteri. Kat sinilah juga aku sangat terasa yang
kami ni dah macam adik beradik. Sehingga kini kami kekal rapat walaupun sangat
jarang berjumpa. Terima kasih pada pasangan mereka yang memahami dan faham kekuatan
persahabatan kami semua.
Sabtu yang lalu pula aku mendaki buat kali ke tiga.
Pemandangan kali ini sangat berbeza dengan pemandangan pemandangan selama ini.
Tidak pernah seumur hidup aku mendaki gunung yang penuh dengan kesan kesan
terbakar yang masih baru. Masih terasa bahangnya.. masih berasap.. kiri kanan
trek bukannya hijau tapi hitam dan putih. Cuaca yang panas kerana musim kemarau
menyebabkan aku rasa berbaloi terus mandi pada tiga sungai yang pertama.
Keseluruhan badan basah berjaya mengurangkan aku daripada kepanasan malah
setibanya di puncak juga aku terus pergi ke telaga dan mandi. Panas panas panas
malah berdebu lagi… aku dengan kawan kawan mencari tempat redup untuk berehat
dan memasak. Lepas makan pergi ke kubu sebelah satu lagi kemudian baru ke
puncak dan turun sebagai kumpulan terakhir.
Apa yang menarik mengenai Bukit Kutu ini ialah:
- Ada 2 telaga di puncak yang mana satu daripadanya kontang dan satu lagi boleh digunakan. Tidak ada gunung lain ada telaga sepertinya.
- Puncak tertinggi adalah batu dan telah disediakan tangga padanya. Tahniah kepada yang membawa dan memasangnya.
- Terdapatnya cerobong asap di sini yang mana tidak terdapat di gunung lain
- Terdapat satu lagi kubu dalam 10 minit perjalanan.
assalam bro saya rozie nak tanya wajib permit ke?
ReplyDeleteKalau mendaki gunung lebih elok buat report polis dulu sebelum masuk. Setakat ini permit belum jadi wajib untuk ke sini.
ReplyDelete