Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, March 3, 2014

Bayar Untuk Lari


Isnin :: 03032014

Masih ingatkah akan ayat ini? Ahahahaha… kini aku pula membayar untuk lari. Setelah sekian lama mencuba sikit demi sikit bermula dengan walk dan fun run. Pada masa ni aku sekadar ikut yang senang senang je sedangkan kawan kawan sedang hangat berlari sana sini. Running is my passion katanya. Dengan niat untuk berlaku adil sesame sendiri, aku cuba turut serta dengan ikut serta lari yang dapat dry fit shirt bukan vest + trail run sahaja. Lama lama derang ni pula turut serta aku punya aktiviti mendaki dan camping. Pada masa ni aku dah mula terfikir suatu hari nanti aku pasti kena ikut mereka ni berlari on the road dan half marathon. Full marathon idak le teman.

Tanpa disangka rupa rupanya apa yang difikirkan menjadi kenyataan. Tidak pula diduga minggu depan adalah tarikhnya dan pasti aku akan bayar untuk lari Brook Half Marathon di Bukit Jalil. Aku tidak menetapkan sebarang ketetapan jadi secara kebetulan ajakan dibuat dan aku setuju. Mungkin juga disebabkan aku telah melihat kawan kawan aku ni tidak lagi gila berlari demi medal dan tshirt tapi lebih kepada berlari untuk kepuasan dan semangat setiakawan.

Masing masing ada misi tersendiri… masing masing tahu kelebihan dan kekurangan sendiri juga rakan… masing masing mahu menikmati kepuasan menghabiskan larian… masing masing juga sokong menyokong sesame sendiri juga pelari lain tidak dikenali. Tidak ketinggalan masing masing ada perjanjian sesame masing masing.


Run for your live!!!


No comments:

Post a Comment

comment form message