Jumaat :: 28022014
Hari ni last day of the month merangkap hari jumaat terakhir
setiap bulan yakni di tempat kerja baru ni pada setiap hari jumaat terakhir
setiap bulan balik kul 4 petang. Satu kegembiraan untuk aku boleh balik awal. Atas kesempatan ni aku nak gi ke hotel lama
aku bekerja. Nak jumpa GM Secretary, HR Exec dan Asstnya juga General Cashier.
Kawan kawan lain yang mana terjumpa maka terjumpalah. Settlekan dulu hal hal
dengan derang ni… mungkin bulan depan kena jumpa juga derang derang ni lagi. Disebabkan
derang balik pukul 6 petang maka disitulah kesempatan diambil. Kita yang nak
jumpa orang jadi kitalah yang kena ikut masa orang tu bukan derang yang ikut
masa kita.
Masa banyak tapi xde idea nak tulis apa kat blog ni. Minta
minta bulan depan akan ada minimum 4 post. Setiap target mestilah logic untuk
dicapai atau dalam bahasa ringkasnya achievable. Januari sudah berlalu jadi apa
yang menarik berlaku pada Januari boleh dieksploitasikan menjadi cerita menarik
hendaknya. Begitu juga dengan Februari yang bakal berlalu beberapa jam sahaja
lagi. Post paling malas sudah ada difikiran cuma perlukan sedikit kerajinan
untuk mengklik old post pada 2 blog kawan.
Empunya blog Outdoorfreak dan Lemp3ngpisang sila ingatkan aku untuk menghapdate blog hokey!!!
Thanks in advanced
No comments:
Post a Comment
comment form message