Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, February 21, 2014

Kerja Aku Pindah Kerja... Sampai Bila?



Jumaat :: 21022014

Semenjak mula bekerja dah berapa banyak company aku tukar. Naik risau mak aku asyik tukar tukar je kejenye. Nak cari duit lebih dan juga nak cari kesesuaian itulah sebabnya.

Bermula dengan jadi mat despatch… aku bawa motor pun dah macam mat rempit. Duit elaun enfon RM50 kalau tak silap… tak pernah pun aku guna untuk telefon office. Aku gunakan ke mana ntah. Masa ni aku sangat jujur… minta cuti untuk pergi interview pun letak reason interview… tak reti la nak tipu. Nasib baik boss bagi cuti.

Bertukar kerja hasil register dengan Kellie Services… Aku dapat keje kat company telco. 2 tahun lebih kurang keje kat sini. Angkat fon terima call buat call… itulah kerja aku. Coordinate docket tetiap hari. Kerja syif dan pernah cuba kerja office hour tapi tak boleh blah sebab jalan jem. Perjalanan dari rumah dalam 15 minit je… itu yang melambatkan lagi punch card aku. Hari raya Aidilfitri dapat cuti tapi sengaja tolak kononnya nak merasa keje time raya. Last last memang dapatlah bekerja pada hari raya bahkan tahun berikutnya pun kena kerja juga. Pengalaman bekerja pada hari raya menarik juga. Cubalah bagi yang tak pernah cuba.

Tukar lagi kerja tapi kali ni bukan naik gaji tapi turun gaji. Terima jelah seadanya nak permanent punya pasal. Masa kat company telco status contract. Kerja yang ni pula status permanent dan kerjanya handle POS system kat retail company. 4 tahun yang sibuk dan tidak terasa. Ke sana ke sini buka branch. Disebabkan ada outstationlah aku boleh kekal lama dan ada sahaja benda baru yang kena belajar dan diberi kepercayaan untuk test ini test itu. Ulang alik pergi kerja pun ikut NPE jadi boleh merempit habis meter. Motor cup je pun… laju manalah sangat. Rakan sekerja memang best… boss pulak boleh kawtim punya. RO pulak boleh ambik last minit… Cuma perlukan 1 call di awal pagi.

Bertukar lagi dari retail ke hotel industry pula. Nun jauh ke Pahang aku merantau. Sebut Pahang macam jauh sangat tapi kat Bukit Tinggi je. Dalam sejam setengah je dari rumah kalau dah biasa jalannya. Kerja kat Bukit Tinggi tinggal pun kat Bukit Tinggi. Kerja relax je… tapi hanya mampu bertahan selama 1 tahun. Nak diikutkan boleh jimat tinggal kat atas ni tapi selalu sangat turun KL dan juga Bentong… lari jugalah bajet. Team IT Cuma 3-4 orang sahaja. Disebabkan masa hari raya tinggal semuanya melayu… aku bagi kawan yang dah kahwin raya dahulu… aku rayalah kemudian.

Dari Bukit Tinggi pindah ke Bukit Bintang pula… masih dalam industry perhotelan dan buat benda yang sama. Permulaan yang seronok kerana adanya migration system seperti yang aku lakukan semasa di retail company dulu. Selesai migration dan semua dah stabil aku mula goyang kaki sampaikan boleh main candy crush dari pagi sampai ke petang. Tapi kalau dapat call masa breakfast jawapnya sampai balik la aku bekerja tak cukup tangan. Team IT cuma aku ngan boss sahaja. Boss pulak india jadi masa raya sampai seminggu cuti aku… confirm lulus punya.

Sesudah separuh daripada 5 tahun aku pun berpindah lagi. Kali ni team IT cuma aku seorang sahaja. Team ke namanya kalau seorang? Aku rasa tidak. Aku tidak bercadang nak cari kerja lain lagi.. lagipun baru 2 minggu aku di sini.

Apa yang aku perasan pasal kerja ni… aku akan bosan kalau xde kerja. Rakan sekerja yang sekepala membuatkan kita lupa kerja yang penat dan waktu bekerja terasa pendek. Aku juga cuba untuk tidak berasa sangat selesa di satu satu tempat kerana pada aku berasa sangat selesa bermakna aku sudah kurang aktif dan produktif. Apa gunanya sangat selesa dengan gaji pada takuk lama!



No comments:

Post a Comment

comment form message