Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, February 17, 2014

Instagram



Isnin :: 17022014

Sudah lama aku berminat dengan Instagram semenjak aku melihat gambar gambar yang dipaparkan cantik dan berseni. Namun tidak semua gambar yang dimuat naik menarik mata aku untuk memandangnya. Kerana apa… aku perjelaskan.

Gambar yang menarik minat aku adalah gambar yang berseni… disnap dari angle yang menarik dan mempunyai motif tersendiri. Pencahayaan dan aktiviti mencantikkan gambar boleh dilakukan kemudian. Ada juga gambar yang diambil dari sudut yang biasa tapi caption yang diberikan menarik perhatian. Like aka love pasti ku beri jua. Gambar yang pecah 3 pecah 4 juga menarik jika turutan dan synopsis memerlukannya berinteraksi sebegitu. Contoh termudah ialah terjun papan anjal. Tentulah kita nak tengak cara dan skill dia yang hebat tu kan. Gambar yang aku tak minat pula sudah semestinya selfie melampau. Melampau adalah keyword dia. Tiada melampau maka terlepaslah dari ketidakminatan aku itu. Wah!!! Wujud ke perkataan ketidakminatan?


Insta aku tidaklah sehebat sebagus mana… apa yang pasti aku akan cuba upload gambar yang menarik pada mata aku. Jika ada pada mata lain yang memandang juga tertarik silalah like aka love. Insta aku adalah public dan boleh dicari dengan perkataan cualahni

2 comments:

  1. jom masuk insta aku plak znooraini .. public jugak..

    ReplyDelete
  2. me insta best x cua? cer like sikit gmbar y kengkonon nyer ko kate terjun papan anjal tu. ahaks!

    ReplyDelete

comment form message