Rabu :: 22012014
Bulan ni bulan yang membawa banyak kenangan yang mencuit hati sendiri. Ini tidak bermakna mencuit hati orang lain juga.
Staff Birthday Party Jan 2014
Staff birthday party menjadisatu kebiasaan bagi hotelier. Kebiasaannya dibuat setiap bulan atau 2 bulan sekali bagi menghargai staff. Secara kebetulan tarikh event in dibuat pada 24012014 iaitu ulangtahun harijadi aku. Yang seronok ialah aku poyo² event dibuat untuk meraikan harijadi aku padahal untuk sambut ulangtahun semua staff yang lahir bulan januari. Sambutan harijadi bukanlah satu kemestian dalam hidup aku... setakat poyo² macam ni bolehlah aku layan. Sambut serius2 xdelah.
Resign
Akhirnya aku resign juga dari hotel ni juga berpindah dari hotel industri ke industri lain pula. 15hb itulah tarikh aku resign. Notis tender 1 bulan tapi disebabkan ada banyak cuti maka last day aku jatuh pada 29hb. Terima kasih pada semua yang menjadi kawan mahupun lawan. Berkawan dengan non executive lebih menyeronokkan... Mereka tidak sombong dan tidak berlagak malah lebih mudah belanja kawan2. Walaupun hanya di mamak namun keikhlasan mereka nyata telus bukan kerana membodek tapi berkongsi sedikit rezeki yang ada.
Executive Meeting
Aku ingatkan dapatlah melarikan diri Dari executive meeting ni sekali kena juga tu tepat2 pada last day aku. Dapatlah juga ucapan terima kasih drpd FC Dan GM...terharu aku dibuatnya. GM sempat lagi bergurau yang keje 2 tahun setengah xlah lama. Sekali lagi aku dapat potong cake birthday.
Keje kat The Royale Bintang Hotel KL secara keseluruhannya menarik dan berbaloi dengan apa yg diterima.
No comments:
Post a Comment
comment form message