Rabu :: 19032014
Petang semalam aku lari kat Taman KLCC… semuanya telah
dirancang rapi bermula dengan site visit pada petang solat hajat yang lalu.
1 pusingan bersamaan lebih kurang 1300meter dan aku lari
tiga pusingan dengan henti henti. Tanpa henti manakan aku mampu. Apa yang best
kat sini ada water station… jadi rasa dahaga sikit je singgah minum seteguk dua
lepas tu sambung balik lari. Ramai juga yang berlari petang semalam mungkin
juga setiap hari. Sepanjang berlari aku pandang sekeliling… sengaja mata ni
meliar memandang ke setiap arah.
Setiap pandangan cuba ditafsirkan dengan nilai positif.
Beberapa kumpulan manusia sedang bersenam ala tentera… maxcomm atau bootcamp
mungkin. Satu kumpulan lagi ala ala workout kat gym. Aku pula hanya lari sambil
memerhatikan sahaja. Ada juga terserempak dengan runner marathon lain
berdasarkan baju yang mereka pakai.
Tak sampai setengah jam pun aku lari |
Terbaek!!! background Twin Tower |
No comments:
Post a Comment
comment form message