Khamis :: 16012014
Balik kampung
lagi… kali ni 4 hari sempena cuti Maulidur Rasul. Balik ke kampung pada hari
sabtu pagi singgah sebentar ke rumah kawan di Kampar untuk berikan 2x flysheet
dan 1x stove yang dipesannya. Agak lama juga melepak barulah sambung perjalanan
ke kampung.
Setiba di
rumah… aku ternampak beberapa beg kaler merah. Setelah bertanya barulah aku
mendapat tahu bahawasanya mak akan pergi umrah pada bulan mac ni… InsyaAllah.
Rezeki mak untuk mengerjakan umrah buat kali pertama. Harapannya dapat pergi
lagi untuk kali ke dua. Aku berdoa dapat pergi bersama dengannya untuk kali
yang ke dua itu. Moga kami berlimpah rezeki hendaknya juga pada pembaca
sekalian.
Selain
makan minum makan minum dan membeli apa yang patut, aku membersihkan bilik air
dan juga laman rumah. Ternyata kudrat mak sudah tidak seperti dulu. Laman rumah
sudah tidak terjaga seperti dahulu… rumput lalang sudah mula menguasai kawasan.
Atas inisiatif dan juga tanggungjawap sebagai seorang anak… bantulah setakat
mana yang terdaya. Paling penat membersihkan lalang melampau di pokok buah
naga. Nak bubuh baja pun tiada guna jika lalang yang menjadi gemuk. Jadi aku buang semua lalang dengan mencabut
sampai ke akarnya. Jadi lepas ni bolehlah mak membaja semula dan aku menuai
hasilnya pada balik kampung yang mendatang. Beberapa pokok roselle juga dibuang
kerana ‘bena’.
Seperti
biasa akan ada waktu melepak lewat malam bersama Yap. Topik cerita lebih kurang
sama je… gunung gunung dan juga kawan kawan.
Kali ini
aku balik semula ke KL lebih kurang jam 3.30pagi… sampai di Bdr Sri Permaisuri
pada waktu subuh. Tak sangka waktu subuh di Masjid Najihin di sini pada waktu
itu sampai 4 saf… Alhamdulillah.
Hampir
terlupa, Isnin 13012014 pada waktu Asar… aku mendapat panggilan kegembiraan.
Alhamdulillah.
pokok kelapa sedap ade lagi kee??
ReplyDeleterindu pokok kelapa sedap kg ko..ahakss..