Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, January 20, 2014

Bontot Personaku Kemek

Isnin :: 20012014

Minggu balik kampung yang lalu… kemalangan kecil berlaku antara kereta Persona aku dengan BLM ntah brader mana tak tahu nama dia. Lokasi kejadian di Hentian Tol Tapah. Sedang aku undurkan kereta tiba² aku dengar bunyi  ‘gedebuk’. Sah aku dah langgar kereta kat tepi kanan belakang. Masa undur aku tumpukan perhatian pada kereta kat tepi kiri… tak perasan pula aku kereta kat tepi kanan. Bontot sisi langgar bontot sisi… itulah yg berlaku. Aku maju ke depan sikit dan keluar. Nampak bontot kereta aku dah kemek sedangkan bontot kereta dia calar je. Pelik takde pula dengar bunyi sensor masa mengundur tu. Dah nak jadi agaknya.

Kurang 50 meter aku nampak seorang brader sedang cuci tangan di luar tandas… aku tunjukkan kereta BLM tu kat dia dan dia bagi isyarat yang itu kereta dia. Sesampainya dia kami terus berbincang… Dia kata sikit je takpe nanti cuci hilanglah calar kat kereta dia tu. Aku rasa tak hilang punya walaupun polish. Baiknya hati dia tidak kisah akan apa yang berlaku. Mungkin sebab kemek kat kereta aku lagi teruk daripada calar kat kereta dia atau dia nak cepat. Apa pun thank you brader.

Pada malam aku jumpa Yap barulah aku perasan kemek tu dah makin susut. Apabila dah sampai KL lagilah susut dan aku ingat ia takkan susut dah… rerupanya sekarang dah pulih dengan sendirinya. Tak perlu tolak tak perlu vacumm tak perlu ketuk. Dah rata seperti sebelumnya tidak lagi kemek… cuma calar sahaja yang kekal sebagai corak baru.

Dah dua kali aku undur langgar kereta lain… Dulu kangaroo bar Pajero… kali ni bontot BLM pula. Cukup²lah tu hendaknya.



1 comment:

comment form message