Bertarikh semalam aku pulang tepat pada masanya dari tempat kerja. Tidak seperti kebiasaannya berjalan kaki ke LRT Hang Tuah tapi aku berjalan kaki menuju UTC Pudu Sentral pula. Atas tujuan dan niat yang satu hendak menukar kad pengenalan diri yang lebih sedap disebut IC yang sudah nazak. Rupanya yang sudah teruk memang wajib ditukar... dikuatkan lagi dengan cipnya yang tidak boleh dibaca.
Diiringi hujan renyai² Bertemankan sekaki payung pinjam berjenama Dunlop berkaler pink aku berjalan dengan hati² supaya tidak disimbah oleh lopak air. Pukul 6 lebih aku berjalan akhirnya sampai ditempat dituju tanpa setitis peluh pun mengalir memanglah tipu. Setibanya di Pudu Sentral cuma perlu naik lif dan terus ke Tingkat 2. Keluar lif dan carilah Jabatan Pendaftaran Negara. Setibanya terus aku ambil nombor giliran dan nombor yang aku dapat adalah 1480 yang mana nombor sekarang ialah 1475. Ini bermakna aku cuma perlu tunggu sekejap sahaja. Sempatlah kalau setakat nak ke tandas.
Proses amat sekejap... ambil nombor giliran kemudian tunggu giliran. Tunjuk IC lama dan jawap 1 soalan je iaitu nak tukar alamat atau tidak. Bayar RM10 sebab ganti kad rosak. Duduk balik dan tunggu kaunter gambar panggil untuk ambil gambar. Bagi yang berpakaian putih macam aku kenalah pakai blazer yang disediakan. Ada juga aku nampak selendang kaler purple kat bilik tu. Cermin pun disediakan untuk melawakan mengemaskan penampilan diri sebelum gambar diambil. Selesai semua... aku confirmkan lagi sekali bila kad siap? Staff kat situ cakap pagi esok boleh ambil. Wah!!! tak sampai 24jam ni. Tapi hari ni aku terlupa pula nak bawa resit bayaran jadi esok jelah ambil nampak gayanya.
Fakta Menarik:
- Datang pada waktu after office hour... dalam setengah jam je dah settle sebab tak ramai orang. esoknya dah siap IC dan boleh ambil. Tapi kalau datang waktu office hour... berejam jugalah kena tunggu sebab hampir semua bangku penuh. Aku dah datang pada dua² waktu ni... jadi cadangan aku datanglah pada waktu after office hour.
- Ada banyak lagi jabatan kat sini antara yang mana kita boleh pergi lebih dari satu jabatan. JPJ ada PPZ ada TM ada MARA ada Indahwater ada TNB ada PUNB ada dsb. Cadang nak tukar lesen memandu tapi no giliran dah habis pulak. Lain kali la buat.
Fakta Berguna:
- Terletak di UTC Pudu Sentral, Aras 2.
- Pengangkutan awam boleh naik LRT aliran Ampang turun di Stesen Plaza Rakyat.
- Waktu Bekerja: Setiap hari kecuali Cuti Umum : 8.30 pagi - 10.00 malam (kaunter tutup pukul 9.30malam) *Info ini adalah benar pada hari aku datang*
- Waktu Rehat: Tidaklah pasti.
Perlukan maklumat lebih? Sila layari JPN Pudu Sentral
No comments:
Post a Comment
comment form message