Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Wednesday, January 23, 2013

YOLO


Ramai diantara kita biasa menggunakan beberapa perkataan yang tiada dalam kamus dewan. Pagi ini aku tertarik dengan perkataan YOLO. Menjadi kebiasaan bila bercakap dengan kawan² berbangsa cina, perkataan YOLO akan digunakan. Biasanya YOLO membawa maksud YELAH. "Aku laparlah, ko lapar x?"... jika kawan berbangsa melayu biasanya akan menjawap "yelah, aku pun lapar, jom makan." dan kawan berbangsa cina akan menjawap "Yolo, lapar meh, sit fan." 

Aku nak berkongsi dengan maksud perkataan YOLO yang ke dua iaitu 'You Live Only Once'. Menarik topik ini untuk diperkatakan. Masing² dah tahu hidup hanyalah sekali tapi masih tidak menikmatinya sepenuh²nya sepuas²nya. Masa yang ada 24jam sehari seharusnya dipergunakan sebaik mungkin. Penuhkan ia dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat. 


Hidup hanya sekali... cubalah elak dari mengulangi kesilapan yang sama. Jagalah anggota badan supaya dapat digunakan sehingga akhir hayat dengan keadaan yang baik. Apa yang aku merepek nih! cukuplah smpai disini.

1 comment:

comment form message