17-18 January 2015
Weekend Trip
15 Lelaki 7 Perempuan
Weekend Trip
15 Lelaki 7 Perempuan
Sebelum Subuh...
Baru bulan satu aku sudah ada trip gunung kedua. Baru sahaja minggu lepas aku pergi trip gunung pertama. Atas dasar kawan, aku setuju mendaki lagi.
Dua awek single menemani perjalananku kali ni. Sebelum subuh lagi kami dah bergerak dari Bdr Sri Permaisuri. Memang aku dah sangka mereka berdua ni jenis yang menepati masa. Tiba dan siap tepat pada masanya. Seperti biasa bilamana disebelah aku duduknya seorang awek maka seorang lagi akan bertanya,"awek ko ke ni Cua?". Soalan ini akan hadir apabila si bertanya ngam ngan aku. Tanya depan depan pulak tu. Kedua duanya mahu duduk belakang sebab mahu tidur. Maklumlah jam baru pukul 5.30 pagi. Si akak duduk depan si adik duduk belakang... ke dua duanya aku suruh tidur sebab aku tahu kedua duanya mengantuk. Arahan macam ni supaya mereka tidak segan atau rasa bersalah untuk tidur.
Tenang saja aku drive, tiada apa yang hendak di kejar. Di R&R Rawang kami berhenti sebentar untuk menunaikan solat Subuh. Selesai tanggung jawap perjalanan diteruskan ke Masjid Daerah An Nur, Kampar Perak. Disinilah tempat pertemuan kami semua nanti.
Faktor kelaparan yang amat sangat membuatkan kami terus parking di pagar masjid. Bersebelahnnya terdapat gerai makan dan terus menjamu selera. Aku main tegur je beberapa orang di meja sebelah kami yang aku rasakan mereka juga adalah pendaki dalam group yang sama. Ternyata tekaan aku betul. Cara berpakaian... gaya sembang sudah dapat aku agak.
Setelah semua peserta tiba barulah pembahagian ration bermula. Semua kami seramai 22 orang naik 2 buah 4x4. Terima kasih kepada empunya 4x4. Kereta kereta lain diparkingkan cun cun di kawasan masjid agar tidak mengganggu jemaah yang datang nanti. Untuk pengetahuan, kawasan untuk meletakkan kenderaan di Batu Berangkai tidaklah luas. Lagi kurang kenderaan yang dibawa lagi bagus.
Pendakian Bermula...
Aku orang kedua terakhir memulakan langkah kerana orang terakhir ialah Jahd manakala dihadapan sekali ialah Yap. Dari parking kereta terus mendaki ikut jalan tar. Jalan dan terus berjalan sambil poyo poyo potong orang lain sebab nak jumpa Yap. Dalam pada aku perhatikan alur air untuk diseberang akhirnya terlajak juga. Tidak mengapa jika terlepas kerana ada simpang kedua. Simpang kedua berada selepas pondok usang disebelah kiri. Masuk simpang ke kanan dan pastikan tidak terus mendaki sebaliknya pilihlah simpang kanan lagi yang bersimen lebih kurang sedepa panjangnya kemudian ke kiri. Jika ke kanan bermakna anda menghala balik ke parking. Teruskan sahaja perjalanan melalui paip air dan denai sedia ada sehinggalah tiba di pondok orang asli. Jika sejam perjalanan masih tidak jumpa pondok orang asli bermakna anda sudah salah jalan. Berehat dahulu disini dibawah rimbunan pokok dan batu batu besar sebagai alas bontot. Tempat ini sesuai untuk check point pertama.
Bucu kanan atas tu ialah pondok sebelah kiri yang di ceritakan |
Jalan bersimen ni 10 tahun dahulu xde |
Setibanya di tanah lapang ni aku dihulurkan 100+ oleh awek bernama Hawa. Terubat juga kepenatan, Lega rasa ada yang hulur air sedap. Level awek pulak tu. Berehat rehat di sini kemudian barulah sambung semula perjalanan. Ada yang sudah bertanya lunch kat sini ke. Aku jawap depan lagi dekat last waterpoint. Sana ada air, boleh buat air boleh basuh muka, kalau nak mandi kena cebok le. Sini kita rehat dulu. Gunakan check point untuk berehat dan kira peserta. Perjalanan diteruskan, trek makin sukar, perut makin lapar, badan makin penat. Tapi semangat untuk sampai ke last waterpoint merangkap checkpoint ketiga mengatasi segalanya. Dari dusun durian sampailah sekarang masih ikut rentak sendiri. Tidak mampu mengikut rentak orang lain seperti kebiasaan.
Kem Balak / Dataran Apai sentiasa menjadi tempat berehat sementara, makan buah dsb |
Last Waterpoint ni sudah pasti tempat masak makan tengahari |
Perjalanan kami diteruskan lagi. Seberang je anak sungai last waterpoint ni terus pacak dan akan ada banyak pacak lagi untuk tiba di camp site GBM. Aku masih mengekalkan rentak... melayan diri sambil otak masih terpk pk kenapa beg ini terlalu berat untuk dipikul. Apabila diangkat dari tanah ke bahu ianya tidaklah seberat mana. Tidak wajib untuk gunakan paha sebagai pengantara pun. Sekali ia dipikul di bahu dan melangkah ianya terasa berat. Berat pun beratlah... aku pikul juga la. Langkahku tidak berteman namun aku tahu dan sayup sayup aku nampak siapa ada dihadapan aku. Mereka adalah akak akak dalam group kali ini. Tibalah pada satu masa yang mana mungkin aku sudah imune dengan bebanan yang dibawa ditambah pula dapat kejar seorang yang sedang psyco di hadapanku. Aku yang kejar atau dia yang perlahan? Teringat aku kemain lagi dia psyco seorang awek ni masa gi Gunung Nuang via Janda Baik minggu lepas. Siap ko dalam hati aku. Kini turn aku pulak psyco dia dan terimalah padahnya. Baru dia tahu apa rasa kena psyco. Ahahahahha. Aku mendaki sambil bergurau nada tinggi dengannya sampailah ke camp site. Dia ialah si 'lesen kereta'. Pukul berapa aku sampai camp site amat mengejutkan. Pukul 5 dah sampai. Apa nak buat nih sampai pukul 5? Rehat rehat sambil tunggu orang terakhir sampai. Keputusan dibuat kami akan ke puncak pagi esok.
Di Campsite
Masa ni masing masing pandai membawa diri. Ada yang pasang khemah, pasang fly dsbnya. Aku dengan Clon mengumpul kayu api untuk dibuat unggun malam nanti. Lamanya aku tak buat kerja ni. Disebabkan masa tidak mencemburui kami, pihak wanita diminta pergi mandi dahulu dan bawa bekas air sekali. Kami lelaki gagah perkasa pergi mandi nanti. Cadangnya kami angkutlah naik bekas air tu sekali derang angkut naik sesiap. Pindahkan air ke dalam periuk untuk masak nasi, air dsb... kami bawa bekas air turun dan ambik lagi air untuk 2nd round.
Camp Site GBM ada tanah lapang untuk solat berjemaah |
Disebalik semak dan fly biru hijau tu ada tanah lapang lagi. |
Chef dan krew dapur |
Selepas isyak masa melepak pun bermula. Ada yang melepak di pintu khemah, di bawah fly bermain UNO, melepak menyembang tidak berbumbung, melayan unggun api juga tengok wayang di Note 4. Unggun api kali ini berjaya dinyalakan dengan konsep Upsite Down. Boleh google di Youtube untuk mempelajarinya.
Ini dinamakan melepak tanpa bumbung |
Tengok wayang di Note 4. Nampak macam projektor mini je kan. |
Campfire upsite down. |
[bersambung...]
merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet. Di Nepali gunung tersebut dikenali sebagai Sagarmatha (Sanskrit untuk "dahi langit") dan di Tibetan Chomolangma atau Qomolangma ("ibu alam"), yang diambil dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). Walaupun ia dinamakan Everest oleh Sir Andrew Waugh, jeneral peninjau British di India, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir George Everest, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeza dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).
ReplyDeleteRadhanath Sikdar, juru ukur dan pakar matematik dari Bengal, merupakan orang yang pertama mengenal pasti Everest sebagai kemuncak tertinggi melalui kiraan trigonometri, pada 1852. Sesetengah rakyat India percaya bahawa puncak tersebut sepatutnya dinamakan menurut Sikdar, bukannya Everest.
Gunung ini dianggarkan 8,850 m (29,035 kaki; hampir 5.5 batu) tinggi, walaupun terdapat variasi daripada segi ukuran (kerajaan Nepal tidak mengesahkan ukuran ini secara rasmi, ketinggian Everest masih dianggap 8,848 m). Ia pertama kali diukur pada tahun 1856 sebagai mempunyai ketinggian 29,000 kaki, tetapi diisytiharkan sebagai 29,002 kaki tinggi. Tambahan secara rawak 2 kaki menunjukkan perasaan masa itu bahawa ketinggian tepat 29,000 kaki akan dianggap sebagai anggaran yang dibulatkan. Masa kini anggaran umum yang diterima pakai adalah 8850 m yang diperolehi melalui bacaan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Everest masih meningkat akibat pergerakan plat tektonik kawasan tersebut; bagaimanapun, kesan itu hanya ketara pada skala masa geologi.
Secara tepat, Everest adalah gunung yang kemuncaknya mencapai jarak paling luas di atas paras laut. Dua gunung lain yang kadang-kala didakwa sebagai "gunung tertinggi di dunia"ialah Mauna Loa di Hawaii ialah paling tertinggi apabila diukur dari dasarnya pada dasar tengah laut, tetapi hanya mencapai ketinggian 4,170 m (13,680 kaki) atas paras laut dan kemuncak Gunung Chimborazo di Ecuador adalah 2,150 m lebih dari pusat bumi berbanding Everest, kerana Bumi agak berisi dikawasan Khatulistiwa. Bagaimanapun, Chimborazo hanya mencapai ketinggian 6,272 m atas paras laut, yang menurut kriteria bukan juga kemuncak tertinggi di Andes.
Lebih menarik, dasar terdalam di lautan adalah lebih dalam berbanding ketinggian Everest: Challenger Deep, terletak di Parit Mariana, begitu dalam sehinggakan sekiranya gunung Everest diletakkan di dalamnya, masih terdapat hampir satu batu air menutupinya.
http://www.nepalguideinfo.com/everest-base-camp-trek/
http://www.nepalplanettreks.com
Nepal Mounatin Guide TeamS (Nepal Planet Treks and Expedition Pvt. Ltd.)
GPO: 4453 Paknajol ,Thamel, Kathmandu, Nepal
Phone: +977-1-4252196
Mobile: +977-9841613822 (Sanjib)
Fax: +977-1-4252196
Email: sanjibtrekguide@gmail.com