Khamis :: 02012014
Masih banyak cerita 2013 yang terbengkalai. Semuanya nampak jelas di bahagian Draft. 3 bagi tahun 2009, hanya 1 bagi tahun 2011 dan 6 bagi tahun lepas 2013. Hanya sebahagian sahaja yang akan aku sambung ceritanya. Ada draft mengenai aktiviti yang dilakukan, review dan pendapat. Ada diantaranya tidak siap kerana tidak mempunyai gambar yang sesuai, kurangnya maklumat tepat dan juga idea sudah lama maka tidak mampu di flashback kembali.
Antara masalah yang dikenalpasti aku bocorkan kali ini pada tahun 2014.
Seorang perahsia.
Tidak dapat dinafikan apabila ramai yang berkata maka betullah apa yang dikatakan itu. Tambahan pula yang menilai itu bukanlah calang² punya rapat. Sedangkan teman² yang baru dikenali juga sudah mengajukan soalan yang sama..... Kau ni perahsia juga ye? Ada seorang teman ingin menulis satu entry bertajuk 'secretive' namun sampai sekarang masih tidak juga di forwardnya kepada aku. Mungkin dia sibuk atau perkataan 'secretive' itu terlalu dalam maksudnya.
Inginkan kemukakan maklumat lengkap.
Masalah ini biasanya apabila nak menulis entry ada kaitan dengan kiraan dan tempoh. Entry travel atau panjat gunung terbengkalai kerana faktor² ini. Aku sendiri kalau baca blog org lain tentulah maklumat yang dicari bukannya seronok sendiri yang hanya membantu dari segi emosi. Kos berapa untuk apa... tempoh masa diambil diperlukan... Kurangnya fakta² ini membuatkan aku kurang puas hati dengan apa yang ditulis. Apakan daya kesilapan dilakukan sendiri dan berulang kali. Harapan tahun ni agar kesilapan sama tidak berulang kembali.
Tiada Idea.
Walaupun semangat menulis berkobar² tapi kalau idea sudah tidak muncul²... sign out je la dari website blogger ni. Tunggu je la idea dan masa datang pada waktu yang sama.
Perancangan blog tahun ini nak tulis tentang.... nantikan sahaja kemunculannya.
Entry tu da lama siap.. ingat kan orang tu tak nak.. so i simpan je laaaa...
ReplyDelete