Paksa... inilah perkataan yang akan diungkaikan dalam entry ringkas kali ini. Aku tidak begitu gemar akan perkataan ini kerana perbuatannya tidak dengan rela hati tetapi atas desakan sesuatu /seseorang.
Tidak dinafikan kadang² kita terpaksa memaksa seseorang kerana dipaksa. Memaksa dan terpaksa dilakukan oleh diri kita sendiri cuma yang membezakannya cuma adakah ia atas kehendak kita atau sebaliknya manakala dipaksa pula dilakukan oleh orang lain ke atas diri kita.
Walaupun tidak menyukainya namun kerap kali juga ianya berlaku... nak atau tak nak kita terpaksa melakukannya. Walaubagaimanapun biarlah ianya dilakukan atas tujuan tertentu yang bersifat positif bukannya negatif.
Bagaimana pula dengan paksa rela? Hurm....
No comments:
Post a Comment
comment form message