Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, October 7, 2013

Post Raya Ke-3 Di Desa Balqis Resort


21-22/09/2013 :: Sabtu Ahad


Event yang pada mula² sekadar suka² kini bertukar menjadi event tahunan kami. Tahun ini adalah kali ke-3 event ini dilaksanakan. Lokasi kali ini ialah Desa Balqis Resort, Kuala Linggi, Melaka

Line up yang berjaya sampai ke destinasi cuma...

  • Persona - Cua, Kay, Afzan
  • Myvi - Aisya, Arina
  • Persona - Qemm, Yen
  • Accord - Farah, Zool
  • BLM - Ana, anak² buahnya.
  • Alza - Fazi
  • Suria - Ad, Ain

Lain² nama yang tidak disebut adalah tidak hadir dengan alasan yang boleh diterima seperti kursus dsb.

Menginap di Rumah Balqis iaitu rumah ke-3 terbesar di resort ini ketika ini sudah memadai untuk kami semua. Dua bilik untuk dua jantina... satu bilik air untuk kedua²nya... satu ruang tamu dan dapur dikongsi bersama juga tiga anjung menjadi port melepak kami. Aktiviti bermula dengan makan tenghari yang mana semua menu adalah pot luck seperti rendang ayam, ayam masak merah, lontong dan nasi impit sudah lebih dari cukup untuk memenuhkan ruang perut kami yang sederhana ini. Hawa panas ketika ini membuatkan aku berjaya mengajak kawan² yang kepanasan seperti aku untuk pergi mandi di swimming pool. Sila hati² dengan tebing swimming pool ini kerana ia dilawakan dengan batu² yang agak tajam... lengan putih melepak Afzan calar balarlah disebabkan aksi menyelamat yang sedikit teruja. Air swimming pool ini juga tidak dirawat pada malam sebelumnya. Jadi air tidaklah sejernih dan sebersih yang diharapkan. Dasar swimming pool adalah mencuram... untuk ketinggian aku... hapuslah!!!
Berjalan di tepian pantai kemudiannya menemukan kami dengan seorang makcik yang sedang mencari remis... saiz remis adalah sebesar kuku je. Daripada saja² mencuba mencari remis dengan cuma bercangkung akhirnya membawa kami untuk terus duduk bersila dan berlunjur. Hasilnya dapatlah juga penuh sepenutup polystyrene box... kami beri saja kesemuanya kepada makcik tadi. Leka jugalah mencari remis ni dengan cara menggali sekitar tempat kami duduk... kedalaman galian lebih kurang sejengkal je dah memadai.
Selesai semuanya kami kembali ke swimming pool untuk kali ke dua.
Malamnya pula BBQ bermula... sate ayam, daging, kambing, ayam kami bakar sampai rentung... xdelah rentung.. secukup bakar je. Juadah berlebihan kerana kuantiti yang disediakan untuk jumlah peserta yang lebih ramai... jadi simpan jelah lebihannya untuk sarapan pagi esok. Bergambar sana sini dengan masing² mengenakan baju raya menimbulkan rasa beraya di kampung. Suasana rumah kampung yang cantik... rumput yang hijau dan lampu warna warni menyinari malam kami. Selamba saja kami berjalan dari satu rumah ke satu rumah kosong untuk bergambar. Pada malam ini juga ada yang tak tidur malam sebab main monopoli kad. Seperti Monopoli yang kena baling dadu, beli tanah, bina hotel, hadiah harijadi dsbnya... tapi yang ini menggunakan kad. Jalan ikut giliran dan ikut arahan kad.... lebih menarik kerana boleh merampas harta kawan kita... aku tak main... tapi paham jugalah sikit² permainannya. Silakanlah mencuba...
Keesokan paginya selepas berlawan ping pong dengan nyamuk semalaman... kami disajikan dengan kuih dan air panas dari pihak resort. Samada saja² bagi atau complimentary itu tidak pasti... tidak pula diketahui. Tengaharinya pula check-out dan bersurai. Aku singgah di Port Dickson untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

:: Panas panas panas.... atas alasan ini kami bercadang untuk ke lokasi dingin pada Post Raya ke-4 tahun depan ... InsyaAllah ::




No comments:

Post a Comment

comment form message