Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Friday, May 10, 2013

Rancangan Tak Semestinya Menjadi



Jemputan kenduri kawin kawanku Aishah Sankhari telah lama diterima. Jadi aku pun buatlah plan tambahan ekoran dah alang² menghala ke Tapah.

Plan Balik Kg:
Aku bercadang hendak ke kendurinya di Tapah, Perak pada pagi sabtu 18/05/2013 kemudian terus lajak ke Batu Gajah balik ke kampung halaman. Bulan lepas dah balik kampung tapi bulan ni belum lagi. Inilah tarikh terbaik untuk aku menjenguk ibu tercinta. Takdelah kos tranport 2 kali ganda. Tapi plan asal ini telah diubah ke plan lain iaitu...

Plan Abseiling:
Cadangnya selepas Kenduri Aishah... bersama kawan² akan ke Gopeng bermalam di Homestay Teratak D'Rawo. Malamnya akan ada BBQ di laman dan menjemput kawan² lain yang berdekatan. Ahadnya pula ke waterfall untuk melakukan aktiviti lasak abseiling. Lewat petangnya baru balik KL. Plan ini dibatalkan kerana jumlah kami yang tidak sampai 10 orang menaikkan kadar bayaran untuk abseiling. Plan bertukar lagi ke plan...

Plan Irau:
Plan Irau ini cadangan Adlyna seorang kawan yang gile daki gunung. Untung badan dapat husband yg sama minat... selagi larat selagi tulah memanjat. Plan Irau ini pula pecah lagi ke Plan Irau Satu iaitu selepas kendurti kahwin lajak ke Batu Gajah singgah di kampung aku sebentar baru naik ke Cameron ikut Simpang Pulai. Hendak sampai di mountain view pada waktu matahari terbenam kerana sangat cantik. Teruskan perjalanan melalaui brinchang dan singgah di pasar malam baru ke Camp Site Sungai Pauh untuk BBQ. Ahadnya daki Gunung Irau dan pulang. Atau Plan Irau Dua pula selepas kenduri kahwin Aishah kami terus ke Cameron Highland ikut jalan Tapah. Jalan² ronda² baru camping di Camp Site Sg Pauh dan BBQ esoknya mendaki Gunung Irau. Plan Irau Dua ini bakal dilaksanakan oleh kawan² aku tanpa adanya aku bersama kerana aku disuruh untuk...

Plan Aryani:
Site visit ke Royale Aryani di Merang terengganu. Aku ditugaskan untuk melihat/mengkaji/merancang kemudahan internet yang ada di sana. Buat masa ini wifi hanya ada di coffee house sahaja dan lan cable ke sesetengah chalet berkeadaan kurang baik. Berada di sana kali ini untuk merancang infrastuktur internet adakah resort ini sesuai untuk dilengkapkan dengan lan cable ke setiap bilik atau pun menambah access point. Selain beberapa chalet yang dibina tidak sejajar juga terdapat beach club di tepi pandai dan spa di pinggiran hutan. Hasil daripada mesyuarat tadi, kemungkinan besar aku akan memandu CCP ke sana pada 16/05/2013 dan pulang ke KL pada 19/05/2013. 

Kita hanya merancang... Allah yang menentukan.




No comments:

Post a Comment

comment form message