Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Monday, May 27, 2013

KM387.8 Arah Selatan - PLUS



Sedang aku memandu dilaluan kanan lebuhraya PLUS... tidak semena² terdengar satu bunyi yang kuat dari arah belakang kereta. Tanpa berlengah aku memberi isyarat ke kiri dan terus berhenti di laluan kecemasan. Pasang lampu kecemasan dan keluar melihat apa yang tidak kena. Didapati tayar belakang sebelah kiri telah rosak terus sehinggakan bunga tayar mengelupas malah dawai pun menampakkan tubuhnya.

Jam di handphone menunjukkan 3.15 pagi... aku berjalan kehadapan untuk mencari tag kilometer. Ternyata aku baru berada sekitar Behrang di kilometer 387.8 arah selatan. Plus Helpline aku hubungi untuk mendapatkan bantuan. Cadangnya bolehlah tolong aku tukarkan tayar dan juga keselamatan dengan meletakkan kon dan menyalakan lampu oren di 4X4 mereka. Maklumlah kenderaan semuanya laju belaka... takut juga kena langgar. Anak² kakak aku ada di dalam sedang tidur.

Dalam pada menunggu aku mulakan mencari peralatan tukar tayar dan juga bagaimana nak turunkan tayar daripada Nissan Highway Star kepunyaan kakak aku ni. Setelah berjaya mendapatkan peralatan dan turunkan tayar... aku telefon Plus HelpLine sekali lagi iaitu pada pukul 3.30 pagi. Diberitahu bahawa Plus Ronda dalam perjalanan. Tidak mengapa... aku teruskan sahaja menukar tayar dengan kadar biasa sambil sembang² dengan kakak aku. Nasib baiklah pepagi buta kalau tenghari mau mandi peluh aku dibuatnya.

Tayar dah siap tukar... peralatan dah siap simpan balik... aku cuci tangan dengan wet tissue. Tangan dah bersih dan segala barang telah dimasukkan kembali ke dalam kereta maka aku pun meneruskan perjalanan pulang. Jam ketika ini menunjukkan pukul 4.15 pagi. Aku telefon Plus HelpLine untuk memberitahu semuanya dah selesai dan mereka tidak perlu datang hulurkan bantuan.

Kecewa tetap ada kerana kami tidak dihubungi dalam tempoh sejam itu untuk bertanyakan khabar mahupun memberikan maklumat terkini Plus Ronda. Jawapan yang diterima daripada operator menyatakan ada banyak kereta rosak sebab itu Plus Ronda tak sampai lagi.

Nombor Plus HelpLine: 1800 88 0000
Info perlu di beritahu: Plat Kereta dan lokasi iaitu km berapa dan arah mana.

Inilah rupa tayar yang rosak. Kenapa boleh jadi begini? Masih menjadi tanda tanya

kilometer 387.8 arah selatan.



No comments:

Post a Comment

comment form message