Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Tuesday, April 9, 2013

Mataku Merah Merisaukan

Sabtu, 30-03-2013


Mataku merah pedih dan menyakitkan. Berpunca daripada kecuaian dan percubaan yang dilakukan terhadap 2 bahan kimia yang pasti memberikan kesan jika dicampurkan.

Bilik mandi di rumah sudah tersumbat, jadi aku pun pergi ke kedai hardware membeli soda dan clog remover. Campuran soda dan air panas sudah pernah dicuba sebelum ini tapi tidak memberi kesan diharapkan. Untuk kali ini aku gunakan soda RM8 dan clog remover RM12. Di kedai hardware brother kedai ada cakap.. katanya, "campur soda sikit lagi kuat, nanti meletup macam bom... xde la macam bom yang bom tu." Balik ke rumah aku bercadang nak gunakan soda+air panas dahulu kemudian baru gunakan clog remover. Setelah aku tuangkan kesemua soda ke dalam lubang yang tersumbat tadi aku bertukar perancangan dimana nak gunakan clog remover bukannya air untuk dicampurkan dengan soda.

Dengan selamba aku pun tuanglah... ingatkan campuran 2 bahan tu hanya akan menggelegak sepertimana campuran soda+air panas tapi malang tidak berbau. Tindak balas campuran soda+clog remover menghasilkan letupan yang agak kuat dan tidak disangka. Air dari lubang yang tersumbat memancut menyembur tinggi sampai ke syiling. Aku yang berada dekat tidak sempat berbuat apa². Tindakan reflek menutup muka tidak berjaya menghalang kesemua air memancut ke muka. Akibatnya percikan air tadi berjaya memasuki mata. Masa ni aku hanya terfikir buta sahaja. Maklumlah botol clog remover itu tertulis 'toxic' padanya. Cepat² aku meraba sinki untuk mecuci mata sekaligus keseluruhan kepala dan tangan. Nasib baik pakai baju dan seluar panjang. Selamatlah juga bahagian lain. Cuci dan terus mencuci sampailah aku boleh celik semula. Selagi tak dapat nak celik mata selagi tulah aku risau.

Alhamdulillah akhirnya aku mampu celik dan boleh lihat semula tapi agak pedih. Cepat² aku tengok cermin dan dapati mata kananku sangat merah. Hati mula risau kembali takut ada kesan sampingan. Setelah beberapa minit berehat dan tenang barulah aku memandu ke Klinik Permaisuri. Di klinik doktor hanya bagi ubat mata yang biasa dapat kalau sakit mata biasa. Di klinik doktor mencuci mataku sekali lagi. Pesan dia,"Kalau tak elok dalam 2 hari... pergi hospital".

Malamnya aku keluar kerana mata sudah boleh celik namun merah tetap ada. Pemandangan macam biasa tiadak kabur atau berpinar. Pada satu masa aku letak ubat mata yang berbentuk gel dan terus mata aku tak boleh buka. Sudah agak lama baru aku titis pula ubat mata jenis titis kononnya nak redakan ubat mata jenis gel tadi tapi malang nasib aku kerana makin teruk pulak jadinya. Terpaksalah aku berehat lagi untuk meredakannya sampaikan kena cuci mata kat sinki. Cadangan nak makan stimbot terpaksa dibatalkan kerana mata merah dan sukar untuk celik. Jadi beli roti dan air kat 7e je buat alas perut malam tu.

Macam ni tak boleh jadi ni, isnin nanti kena gi hospital ni juga. Nak jumpa pakar mata supaya dia dapat check betul² mata aku. Aku sayang mata aku dan aku jaga agar terus terang seadanya.


Inilah soda dan clog remover yang dimaksudkan
Inilah ubat gel dan ubat titis yang dimaksudkan


1 comment:

comment form message