Pengumuman


Harap maklum bahawa blog ini dalam proses kemaskini dari segi susun atur, tagging dsb. Post post tertunda pula akan di selesaikan.

Saturday, January 23, 2010

Sanctuary Sungai Chiling

Ramai yang tidak mengetahui namanya apatah lagi tempatnya. Kedudukannya yang jauh dari ibukota membuatkan ramai orang teragak² untuk berkunjung ke sini tetapi setelah berkunjung pasti akan kembali. Pertama kali aku sampai.. terdetik dihati ini, “patutlah pun”. Pintu gerbangnya jelas ditulis ‘Santuary Sg Chiling’ tapi pagar besinya yang sentiasa ditutup dan dikunci menyebabkan sesiapa sahaja yang tidak mengetahui akan berkata, “betul ke tempat ni?, buka ke?, boleh ke masuk?” Persoalan sebegini dikeluarkan oleh rakan² aku sendiri malah aku pun pernah berkata begitu.


Untuk journey yang menarik dari arah KL, dicadangkan keluar seawal pagi selewatnya pukul 7.30. Dari arah Jalan Kuching mahupun MRR2… sila arahkan kenderaan menghala ke Batu Caves lalu menuju ke arah Ulu Yam. Kebiasaannya kami akan berhenti berkumpul sebentar di Petronas untuk isi minyak, buang minyak atau beli apa yang patut hanya beberapa ratus meter sebelum simpang ke Ulu Yam. Perjalanan ke Ulu Yam menjanjikan pemandangan menarik di sebelah kiri dan kanan. Tasik tadahan air yang luas disebelah kiri menjadi tarikan kaki pancing dan juga mereka² yang gemar melepak sambil melihat pemandangan indah. Sungai tempat mandi manda dan kem-kem motivasi di sebelah kanan pula kelihatan lengang sahaja. Pastikan membuka tingkap dan menutup pendingin hawa kerana suasana luar yang berkabus, udara yang segar dan nyaman pasti menyegarkan. Jalan raya yang bengkak-bengkok menjadi daya penarik mat mat superbike mencabar kewibawaan dan ketangkasan mereka mengawal jentera. Geram je bila pandang cermin sisi nampak mereka jauh di belakang dan tiba tiba vroom memotong dengan selambanya. Deruman enjin dan ekzosnya perghhhh menggugat jiwa muda ni. Pemanduan seterusnya amat menarik.. penggunaan gear 4 digalakkan bagi membolehkan’ layan lap corner baring punya’ tapi jangan lupa untuk berhati-hati dengan selekoh menurun kiri kanan kiri kanannya sehinggalah tiba di pekan kecil Ulu Yam. Walaupun ada 2 pilihan jalan di pekan kecil ini pilih saja terus. Ia lebih meyakinkan.

Perasaan was-was atau ‘ye ke jln ni!’ akan menghantui mereka² yang pertama kali melalui jalan ni. Mana taknya.. satu signboard ‘Kuala Lumpur’ besar terpampang di hadapan sedangkan tujuan sebenar nak ke Kuala Kubu. Tidak mengapa, teruskan saja melalui flyover tu dan di hujung jalan ada simpang tiga maka pilihlah ke kanan iaitu ke Kuala Kubu Bharu. Teruskan saja perjalanan melalui Rasa sehinggalah nampak signboard Kuala Kubu Bharu beberapa km lagi. Di kawasan ini haruslah memperlahankan kenderaan supaya tidak terlajak dan kalau terlajak silalah berpatah balik… bukan susah pun. Simpang itu disebelah kanan jalan dan bagi yang tak biasa pastinya ‘Eh! Eh!.. bukan tu ke simpang dia!’ selepas masuk simpang terus sahaja dan akan melalui kawasan perumahan terbengkalai. Boleh buat main paintball kat sini nih. Teruskan saja pemanduan sehingga tiba di lampu isyarat Kuala Kubu Baru. Pilih kanan menghala ke Fraser Hill. Jalan kampong yang dilalui dengan dedaun beterbangan di terbangkan angin kereta menambah tarikan journey ini. Memandu dan terus memandu sehinggalah nampak empangan besar di hadapan. ‘layan’… inilah yg dilakukan dikawasan ini sehinggalah tiba di empangan. Biasanya kami tidak berhenti di sini tapi meneruskan sedikit saja lagi pemanduan sehingga ketemu jambatan dan biasanya terdapat pemancing² memancing di sini. Tidak jauh dari sini akan ada selekoh tajam ke kanan ke kiri dan jambatan besi. Carilah parking di 2 kawasan lapang berhampiran. Kalau sudah ada kereta yang parking maknanya dah betul la tu.

Parkinglah seolah² akan ada banyak lagi kereta lain yang akan parking di sini, susunlah kereta sebaiknya agar mudah untuk keluar nanti dan jangan sampai menyusahkan orang lain. Dari sini jalan kaki menyeberang jalan untuk masuk ke Sanctuary Sg Chiling melalui pintu gerbangnya. Teruskan saja berjalan lebih kurang 15 minit melalui jalan tanah selebar kenderaan pacuan 4 roda hinggalah tiba di pintu masuk kawasan perkhemahan. Sila daftarkan diri di Pondok pengawal di sini. Apa yang perlu diisi di buku log hanyalah nama, ic & alamat sendiri, nama & no tel kenalan terdekat utk dihubungi jika berlaku kecemasan selain tarikh dan masa masuk/balik yang digunakan sebagai rujukan. RM1 dikenakan kepada semua pengunjung untuk menggunakan bilik air sepanjang hari tidak kira seberapa kerap masuk sekalipun. Untuk pengetahuan, Sanctuary Sg Chiling ini jaga selia oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Kelihatan pelik kawasan ini diselia oleh Jabatan Perikanan tapi itulah hakikatnya. Jawapan kepada tanda tanya ini akan terjawap dengan sendirinya dalam perjalanan ke air terjun. Kemudahan yang disediakan seperti tapak khemah, surau dan bilik air. Cuma tiada tong sampah disediakan kecuali 1 tong sampah besar dekat tempat meletak kereta. Apa yang dibawa masuk mesti di bawa keluar bagi mengelak kawasan ini kotor. Cara ini berkesan kerana kawasan ini nampaknya bersih dari sebarang sampah malah terjaga. Mungkin juga kebanyakan yang datang adalah dari kalangan kaki camping/gunung/rekreasi yang sesekali mengubah citarasa. “Leave Nothing Except Foot Print”, inilah cogankata yang wajar diterapkan di semua kawasan rekreasi. Dari sini untuk ke air terjun kenalah berjalan kaki melalui jambatan gantung yang disediakan seterusnya kawasan lalang semak samun shinggalah jumpa signboard Lintasan 1 dan lintasan² seterusnya. Sungai yang sama perlu dilintas beberapa kali dan usah risau kerana ada signboard sebagai petunjuk. Biasanya kami akan berehat beberapa kali kerana nak tengok ikan yang dipelihara dan minum. Sepanjang sungai ini pun dah sesuai untuk mandi tapi nak lagi best kenalah teruskan sampai ke air terjun. Perjalanan termasuk rehat tengok ikan dan apa bagai ialah kurang 2 jam sahaja. Berbaloi memang berbaloi terutama setelah tiba di air terjunnya. Walaupun nampak panas di air terjun ni tapi nyaman sebenarnya. Sekali dah masuk berendam tak nak keluar dah, bila dah keluar pula berfikir² nak masuk balik. Disarankan bawalah bekalan makanan dan minuman kerana pastinya akan lapar malah perkataan yang lebih sesuai ialah kebulur. Faham² lah ye dan kalau tak faham tu ikut jelah apa yang disarankan. Kebiasaannya kami akan turun pada pukul 4 petang supaya ada masa untuk berehat dan sebagainya di kawasan perkhemahan nanti.

Segala sampah² dimasukkan dalam plastic dan dibawa keluar. Masuk tadi dah punch-in dan sekarang tibalah masanya untuk punch-out pula. Singgahlah di SPLASH kerana pastinya ada pemandangan indah di kala senja. Aku sendiri tak pernah lepaskan peluang ini. Ermmm, hati-hati dan berehatlah kalau mengantuk dan keletihan sebelum menyambung perjalanan pulang. Lebih baik sampai lambat dengan selamat daripada tak dapat datang sini lagi. Ingatlah orang yang disayang. Kalau ingin pulang ikut Highway PLUS, maka ambiklah signboard Kuala Lumpur kemudian Highway ke Tg Malim.

4 comments:

  1. chop, ko mana leh layan lap. ko hampir membunuh aku ngan moto SS ajib beberapa tahun dulu.

    ReplyDelete
  2. tapi selamat kan... nasib baik tak panik time tu.

    ReplyDelete
  3. Salam,kitorg pelajatr uiapj,nak buat lawatan ke sini..nak tny ada prosedur sebelum pergi ke sana atau ade org2 yg perlu di hubungi ke?? tq

    ReplyDelete
  4. Sorry lambat sangat jawap. Lebih baik booking kalau nak berkhemah. Tempat ni dibuka pada Jumaat, sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.

    ReplyDelete

comment form message